Sunday, 15 May 2011

PENDEKATAN MORAL(2)

1. Pendekatan Pemupukan Nilai
Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya
masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat
2
tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut
diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya
dengan orang lain.
Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang
sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai
oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang
dikehendaki.
Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau
propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira
pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar
memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut
yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan,
ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi
peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan moral.
2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif
Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori
perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi
perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan
untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu
bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak
yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah
berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
3
Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan.
Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan
memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas
keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka,
kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (
real-life)
berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.
Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:
(a)
tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.
(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.
(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan
moral
(d) Tambah soalan
Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar
dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan
moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur)
bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini
lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan
pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan
yang setara.
Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikirprobe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.
3. Pendekatan Analisis Nilai
Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang
logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan
polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar.
Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang
releven sebelum membuat sesuatu keputusan.
4
Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.
(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke
dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat
Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai
secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini
menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif
dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan
lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
4. Pendekatan Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti
tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka
nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional
dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai
peribadinya.
Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan
nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:
I Proses memilih: (i) memilih secara bebas
(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada
(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
II Proses menghargai (iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil
(v) menyatakan secara terbuka
III Proses bertindak (vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil
(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara
berterusan dalam kehidupannya.
5
Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang
fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil
oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya
keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk
mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan
pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat
keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.
5. Pendekatan Penyayang (
Caring)
Pendekatan penyayang atau
kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan
prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan
penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam
diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan. Ini
bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.
Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.
(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai
seorang yang memberi sayang (
teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang
mereka boleh memerhati dan mengikuti.
(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan
membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya
sebagai seorang yang dapat memberi sayang
orang yang memberikan sayang
caring dalam pendidikan moral berasaskan kepadacarer) dan menerima sayang (cared for). Melalui(carer) dan perhubungannya dengan(cared for).
(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama
dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.
(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “
perhubungan antara individu.

Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan
prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara
kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (
disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.
the best in others” dalamcaregiving bukan caretaking. Olehcare), maka guru

PENDEKATAN MORAL

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
Adaptasi daripada:
Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Pendahuluan
Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan
melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatanpendekatan
ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral
sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti
yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika
diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu
kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan
pendekatan pendidikan moral secara ekeltik.
Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral
yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:
1. Pemupukan Nilai
2. Perkembangan Moral Kognitif
3. Analisis Nilai
4. Penjelasan Nilai
5. Pendekatan Penyayang
(Caring)
6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif
Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi
penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.

Wednesday, 11 May 2011

Contoh Pengajaran pendidikan moral

Di dalam kelas ini murid-murid sedang mengikuti pelajaran guru dengan baik. Murid mendengar penerangan dan melaksanakan arahan yang di berikan guru.

Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di dapati murid-murid begitu aktif.Mereka mempamirkan nilai-
nilai moral yang terkandung dalam 17 nilai-nilai murni yang di pelajari di kurikulum peringkat sekolah rendah.

Dalam konteks gambar ini murid-murid mempamerkan nilai-nilai berdikari, kerjasama,kerajinan dan kejujuran.Mereka di dapati penuh komited dalam mengikuti dan melaksanakan P&P di dalam bilik darjah.

Nilai-nilai murni adalah nilai yang sawurjagat. Perkara-perkara atau amalan yang baik adalah amalan yang sama bagi budaya kerja atau budaya belajar di mana-mana situasi bilik darjah di dalam dunia ini.

Pengenalan Pendidikan Moral

Pendidikan Moral hari ini merupakan satu subjek yang amat penting. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan pemantapan sahsiah dan moral pelajar. Demikian tugas guru semakin mencabar. Guru bukan saja berperanan di bilik darjah, malah tugas guru menjadi bertambah besar apabila tugas mendidik moral pelajar juga dibebankan ke atas pundak guru.